Kehidupan peribadi Mohd Shafie Naswip

Syafie bersekolah di Sekolah Menengah Gombak Setia, Gombak, Selangor. Beliau terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan akur dengan kemampuan dirinya. Beliau hanya memilih filem berkualiti yang mempamerkan bakat lakonannya supaya tidak kelihatan stereotaip di kaca mata penonton. Kerana sudah terbiasa hidup dalam kedaifan, duit yang diterima hasil daripada lakonannya telah disimpannya dan separuhnya diberikan kepada ibu bapanya. Selain itu, beliau sering menggunakan motosikal untuk ke mana-mana.[3][4][5][6][7][8]